Wednesday, November 24, 2010

surat seorang ibu

Untuk anak-anak yang mak sangat rindukan...
masa berlalu sangat cepat sekali. Mak teringat sangat karenah adik..
suka sangat main doktor-doktor..
sampai corong air mak pun diak buat main doktor-doktor
adik minat sangat nak jadi doktor..tapi selalunya maklah yang jadi doktor adik'
doktor yang ada bila-bila masa yang diperlukan..

kadangkala mak bertanya..
adakah nanti anak-anak boleh lakukan perkara yang sama kepada mak.
Mak minta maaf sekiranya mak terlalu mendesak adik dan along untuk belajar bersungguh-sungguh..

adik rajin...along pula... selalu merungut...
satu hari tu, along merungut lukisan along tak cantik
dan mak cuba tolong along..
walaupun along cakap lukisanalong tak cantik,
pada mak itulah lukisan yang paling cantik yang pernah mak lihat...
along nak jadi photographer...
along kata nak ambil gambar kita keluarga selalu.

sekarang along dah jadi photographer yang berjaya,..
tetapi kita masih belum ambil gambar sekeluarga...
sementara itu,lukisan along tu mak gantung dalam bilik mak..
itulah satu-satunya gambar keluarga kita yang mak ada...

masa berlalu sangat cepat. along dan adik dah pun berjaya...
cuma kadangkala bukan mak tak tahu adik dan along sibuk.
cuma mak ni sunyi sangat...

Orang ada cakap mak gila,tunggu anak-anak setiap hari..
kerana pada mak itulah hiburan mak.
selalu njuga mak mendail separuh jalan, takut sangat mengganggu adik dan along...
mak tahu anak-anak mak sibuk.

tapi satu hari tu mak memang terdesak.sakit mak semakin teruk..
jadi mak telefon anak-anak.tapi seperti biasa semuanya sibuk.

bila mana mak rasa penghujung sudah tiba.mak cuma nak cakap..
mak rindu sangat dengan adik dan along..
jika berdosa mak membesarkan kamu berdua.mak pohon adik dan along...
Ampunkanlah mak..

~hargailah ibu anda selagi mereka masih ada kerana ada di antara kita yang tiada lagi ungkapan mak di bibir mereka ~

0 comments:

Post a Comment



So Cute Anime Smiley

stalker ..

sharing is caring